Monday , 28 July 2014
Monsters University – Bukan comel semata.

Monsters University – Bukan comel semata.

Monsterinc 1024x640 Monsters University   Bukan comel semata.Masihkah anda ingat pada mereka berdua? Mike & Sulley, dua ekor monsters yang menjadi bualan pada awal tahun 2001, dimana ketika itu saya pun masih di sekolah menengah. Watak mereka memang menggamit hati para penonton bukan sahaja kanak-kanak tapi juga dewasa. Filem yang menelan belanja $115 million ini dikatakan berjaya menjadi salah satu filem animasi legend dengan kutipan kembali $562,816,256! Awesome kan?

Dan setelah 12 tahun menantikan kemunculan kembali Mike & Sulley, akhirnya rindu kepada kedua ekor monsters ini terubat dengan prequel yang menceritakan kisah silam bagaimana Mike dan Sulley mengejar cita-cita untuk menjadi Scarer yang terkenal menerusi Monsters University. Jika diberikan pilihan untuk memberi komen terhadap kedua filem ini, saya memilih Monsters University antara hasil yang lebih mendalam. Penuh dengan emosi dan pengajaran, Monsters University berjaya membawa penonton merasai kecekalan seekor monster yang bernama Mike dan sikap tidak pernah putus asa beliau terhadap cita-cita beliau.

Plot menarik Monsters University

Mike dilahirkan dengan rupa yang tidak menakutkan malahan comel di mata budak-budak membuatkan dia gagal untuk menjadi seekor Scarer,  namun begitu Mike mempunyai kepintaran dan kebijaksanaan dalam menghasilkan keadaan yang cemas dan menakutkan. Tetapi itu tidak cukup untuk beliau melepasi final exam di Monsters University, malahan semasa final exam persaingan Mike dan Sulley menyebabkan Dean Hardscrabble bengang dan mengarahkan mereka berdua keluar dari course Scaring. Disinilah bermulanya kisah Mike dan Sulley dimana mereka berjaya menukar persepsi semua monsters yang mereka mampu menjadi Scarer yang berjaya tanpa bantuan wajah yang scary!

Apapun jom kita layan trailer Monsters University yang menelan belanja sebanyak $200 million dan mendapat kutipan yang berganda sebanyak $737,589,118. Selamat menonton!

Related Posts

Masihkah anda ingat pada mereka berdua? Mike & Sulley, dua ekor monsters yang menjadi bualan pada awal tahun 2001, dimana ketika itu saya pun masih di sekolah menengah. Watak mereka memang menggamit hati para penonton bukan sahaja kanak-kanak tapi juga dewasa. Filem yang menelan belanja $115 million ini dikatakan berjaya menjadi salah satu filem animasi legend dengan kutipan kembali $562,816,256! Awesome kan? Dan setelah 12 tahun menantikan kemunculan kembali Mike & Sulley, akhirnya rindu kepada kedua ekor monsters ini terubat dengan prequel yang menceritakan kisah silam bagaimana Mike dan Sulley mengejar cita-cita untuk menjadi Scarer yang terkenal menerusi Monsters University. Jika diberikan…

Review Overview

Terbaik!

Summary : Wajib tonton!

User Rating: 4.75 ( 1 votes)
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


− two = 1

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This site is protected by Comment SPAM Wiper.